Followers

21 July 2011

menguji personaliti kucing korg

cube korg try ni..tok sje2 je..hehehe..


Mata yang cerah bersinar, bulu yang lembut berkilat dan sikap waspada adalah antara tanda menunjukkan kucing anda sihat. Kucing yang sihat juga mempunyai selera makan yang baik, sentiasa membersihkan diri dan interaksi baik dengan pemiliknya. 

Salah satu faktor dalam aspek kesihatan, yang sering dilupakan adalah personaliti. Kita boleh menjangka sesuatu terhadap personaliti kucing walaupun ketika dia masih kecil. Jika anda baru membuat keputusan untuk memelihara kucing, anda boleh menguji bagaimana personaliti kucing itu. Pegang kucing dan letakkan dalam dakapan anda dan lihat samada kucing itu berada dalam keadaan tenang atau tertekan.

Dukungnya seperti bayi pula, dengan bahagian perut menghala ke atas, dan lihat sekali lagi bagaimana reaksinya. Jika anda mencari kucing yang manja, dan kucing yang anda uji ini tidak membenarkan anda memegangnya lebih dari satu saat, mungkin anda patut mengubah pilihan kucing lain atau merancang untuk melatihnya dan mendapat kepercayaan dari kucing tersebut. Atau mungkin melatihnya agar lebih dia menjadi lebih tenang.

Pada umur 2 hingga 7 minggu adalah waktu kritikal yang menentukan sejauhmana tahap sosial kucing tersebut. Kucing yang dikendalikan oleh ramai orang dan berinteraksi dengan kucing lain atau binatang lain lebih cenderung untuk menyesuaikan diri dengan lebih baik ketika dewasa. Tanyakan pemiliknya dahulu pengalaman kucing itu semasa muda sebelum anda mengambil kucing itu untuk dipelihara.

Ujian seterusnya adalah dengan memegang telinganya, buka mulutnya dengan lembut dan sentuh kakinya. Sekali lagi,lihat samada kucing itu bersedia membenarkan anda memegangnya. Jika ya, secara umumnya kucing itu mempercayai anda. Jika anda meletaknya ke bawah dan beredar darinya, adakah kucing itu menunjukkan rasa minat terhadap anda? Adakah dia mengekori anda? Walaupun tiada bukti saintifik, saya seakan percaya juga bahawa ada sedikit ikatan misteri antara sesetengah kucing dengan sesetengah orang.

Adakah kucing itu waspada, bertindakbalas dan suka bermain? Anda boleh mengujinya dengan melemparkan mainan yang mudah, seperti gumpalan kertas seakan bola. Kesemua ujian mudah ini akan memberikan anda sedikit gambaran tentang bagaimana personaliti seseekor kucing. Walaupun dengan anak kucing yang sihat, kos jagaan kesihatannya adalah tinggi sedikit berbanding kucing dewasa kerana mereka lebih terdedah kepada penyakit. Mereka juga memerlukan rutin kesihatan yang lebih banyak pada umur muda, termasuklah vaksinasi, ujian viral dan neuter atau spay





sumber:  SINI














.dah habis baca ? sila la comment.

No comments: